Jawatan Kosong 2018 di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP)
Latar Belakang
Pada tahun 1971 juga LKPP Negeri Pahang telah diamanahkan untuk mengambil alih Rancangan Tanah Pemuda dari Jabatan Pertanian. Sehingga akhir 1972, seluas 6,067.5 hektar ladang yang dibuka ialah di 6 daerah berbanding seluas 2,303.90 hektar pada akhir 1971, dengan jumlah staf telah bertambah kepada kepada 189 orang. Kecuali ladang di Sg Ular, Kuala Lipis seluas 930.78 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit, ladang-ladang lain ditanam dengan tanaman getah. Pada tahun 1974, LKPP Negeri Pahang telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Gambut. Pada tahun ini, keluasan tanah pertanian yang dimajukan adalah berjumlah 31,027 hektar.
Tahun 1978 telah merakamkan beberapa peristiwa penting di dalam perkembangan LKPP Negeri Pahang. Pada tahun ini, satu program yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Keselamatan telah dimulakan oleh LKPP Negeri Pahang bagi mengekang anasir komunis. Selain daripada itu, dua buah syarikat dikendalikan iaitu Semambu Edible Oil Sdn Bhd (melalui pembelian) dan penubuhan Syarikat Ladang LKPP Sdn Bhd. Seterusnya pada 1981 dan 1983, dua buah syarikat lagi dibeli Syarikat Kurnia Setia Berhad dan Far East Holdings Berhad masing-masing. Pada 1984, LKPP Negeri Pahang terus mengorak langkah dengan membeli 5,213,428 unit saham di dalam Austral Enterprise Berhad. Perkembangan terus berlaku sehinggalah pada Oktober 2016, LKPP Negeri Pahang telah bertukar nama kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dengan jawatan tertinggi yang menerajuinya turut bertukar daripada Pengurus Besar kepada Ketua Pegawai Eksekutif.
Like Page Khas - Kerja Kosong di PahangJawatan:
1. BOILERMAN
2. FITTER MEKANIK
*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui gambar yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan : 12 November 2018